Peristiwa kecurian di rumah saya buat saya berfikir, bagaimana emas boleh menyimpan sebegitu banyak nilai walaupun dalam kandungan yang sedikit. Sebaliknya dengan duit syiling yang begitu berat hingga berkilo, tapi cuma bernilai ratusan ringgit. Malahan duit kertas juga, jika dikumpul sehingga segenggam banyaknya, tidaklah senilai dengan sekilo jongkong emas yang hanyalah sebesar tapak tangan (sekarang 250g emas berharga sekitar RM52,000+ pada November 2019).
GAMBAR SEGENGGAM DUIT YANG DIGUNA UNTUK MEMBAYAR SUKU KILO EMAS
Jadi saya membuat sedikit kajian tentang sejarah emas. Emas telah diguna sejak zaman Firaun pada 6000 tahun yang lampau sebagai simbol kekayaan. Penggunaan emas sebagai wang dapat dikesan sekitar 560 B.C. (sebelum Masihi), yakni lebih 2500 tahun yang lalu. Ia dihasilkan di Empayar Lydia yang berpusat di Sardis (sekarang ini di Turki Barat) oleh Raja Alyattes.
Sebelum wujudnya syiling emas sebagai mata wang, masyarakat ketika itu menggunakan sistem tukaran barang (barter trade) untuk mendapatkan barang harian. Namun kaedah itu didapati sukar kerana orang ramai terpaksa membawa makanan atau haiwan masing-masing, dan ini menyusahkan.
Atas faktor ini, maka wang emas digunakan. Logam emas dipilih kerana sumbernya terhad dan sifatnya yang amat stabil- tidak berkarat, tidak reput, tidak busuk, tahan suhu tinggi, sentiasa bersinar dan tidak boleh dimusnahkan. Ciri yang terakhir ini penting kerana barang tukaran lain seperti makanan akan rosak dan ternakan akan sakit atau mati. Penggunaan wang emas telah memakmurkan ekonomi di kawasan Mediterranean ketika itu.
Ini membuktikan bahawa manusia telah tertarik dengan emas sejak ribuan tahun dahulu. Manusia sememangnya berkeinginan kepada emas, serta meletakkan nilai yang tinggi kepada logam kuning ini untuk digunakan sebagai mata wang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AMARAN
1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual e-book ini kepada pihak...
-
1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual e-book ini kepada pihak...
-
Peristiwa kecurian di rumah saya buat saya berfikir, bagaimana emas boleh menyimpan sebegitu banyak nilai walaupun dalam kandungan yang sedi...
-
Di Malaysia, kita boleh memilih untuk memiliki pelbagai jenis emas sebagai simpanan atau pelaburan. Ada dua kelas yang utama- emas fizikal a...
No comments:
Post a Comment