Wednesday, January 30, 2019

Tentang Saya

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW. Moga penulisan ini membawa manfaat kepada semua pembaca dan menjadi saham akhirat saya InshaAllah.  Agar dijauhkan segala perasaan riak dan takabbur dalam perkongsian ilmu yang sedikit ini kerana hanya milik Dia lah segala-galanya.

Nama diberi Norazharina Mat Amin, punya suami, Fariz Izwan Jaffar dan dua orang cahaya mata setakat ini (2019). Berasal dari sebuah kampung kecil berhampiran pekan Manir di Kuala Terengganu. Kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Berpendidikan awal dari sekolah rendah di Terengganu, saya telah berhijrah ke Seremban untuk pendidikan menengah ketika umur belum mencecah 13 tahun. Menyambung pengajian 'A-Level' di Lembah Beringin sebelum terbang ke United Kingdom untuk 'Master's degree' dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komunikasi.

Pernah berkhidmat di sebuah syarikat telekomunikasi selama enam tahun. Akhirnya mengambil keputusan berhenti daripada kerja pejabat setelah menimang cahaya mata pertama dan mengikut suami bekerja di Indonesia ketika itu.

Saya mula menceburi bisnes sebagai ejen 'dropship' menjual buku-buku keibubapaan dan agama. Kemudian mencuba menyimpan stok sendiri dan membawa stok buku dari Indonesia ke pasaran Malaysia.

Mendalami ilmu emas sejak akhir tahun 2013, saya mengambil peluang menyimpan emas sebagai 'dealer' emas Public Gold. Pepatah berkata, tak kenal maka tak cinta. Rupanya banyak perkara tentang emas yang saya tidak tahu sebelum ini, tapi bila tahu, saya merasakan banyak keuntungan yang saya perolehi bila ada ilmu.

Saya banyak mengambil semangat dan inspirasi daripada mentor saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Puan Najdah Mohamad Hussein dalam mendidik masyarakat tentang emas. Jaringan kami terdiri daripada lebih 20,000 orang penyimpan emas dan lebih 200 daripadanya di bawah bimbingan saya. Saya sendiri berhasrat untuk melahirkan sekurang-kurangnya seribu orang penyimpan emas berilmu sebelum Jun 2020, inshaAllah.

Ayuh, bersama saya dalam kembara ilmu emas. Saya mohon tuan-puan doakan saya supaya berjaya mencapai apa yang diimpikan :)

Azharina Amin
Kod ejen Public Gold PG040197
+6013 209 2404

30 Januari 2019
25 Jamadil Awwal 1440

No comments:

Post a Comment

AMARAN

1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual e-book ini kepada pihak...