Di Malaysia, kita boleh memilih untuk memiliki pelbagai jenis emas sebagai simpanan atau pelaburan. Ada dua kelas yang utama- emas fizikal atau emas maya.
Emas fizikal ialah emas yang benar-benar wujud, yang mana kita boleh sentuh jasadnya. Contoh paling biasa ialah emas barang kemas sama ada dalam bentuk cincin, rantai, gelang, anting-anting dan seumpamanya.
Sekarang ini, emas jongkong dan emas dinar semakin mendapat perhatian dalam masyarakat. Apa bezanya dua ini? Pada berat atau denominasi dan juga bentuk.
Emas jongkong biasanya berbentuk petak atau kotak. Beratnya pula dalam gram yang tepat seperti 1.0 gram atau 10 gram. Malah ada juga yang sekecil 0.5 gram.
Emas dinar wujud dalam pelbagai denominasi seperti satu suku dinar, setengah dinar atau satu dinar. Satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram. Emas dinar berbentuk bulat seperti duit syiling atau koin.
Emas maya (virtual gold) pula ialah bukan emas yang benar-benar wujud, biasanya ditawarkan di bank dalam bentuk Akaun Simpanan Emas (Gold Savings Account @ GSA). Orang ramai boleh membuka akaun kemudian deposit kan sejumlah wang yang akan ditukar kepada gram emas (yang dicetak pada passbook sahaja) menurut harga semasa.
Contoh bank yang menawarkan GSA- Maybank, CIMB, UOB dan Public Bank. Saya tidak mengesyorkan orang ramai buka akaun emas maya di bank kerana takut ada permasalahan daripada segi syariah bila emas tidak wujud.
Namun, ada institusi perbankan Islam yang menawarkan akaun emas seperti Bank Alrajhi, Kuwait Finance House dan Bank Muamalat. Ia dikatakan patuh syariah kerana gram emas yang dibeli melalui akaun emas mereka disandarkan kepada emas fizikal.
Selain daripada bank, Public Gold (bukan Public Bank, mereka adalah dua entiti berbeza!) turut menawarkan akaun emas patuh syariah iaitu akaun Program Akumulasi Emas (Gold Accumulation Program @ GAP). Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama yang mendapat pensijilan patuh syariah oleh Amanie Advisor yang diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AMARAN
1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual e-book ini kepada pihak...
-
1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual e-book ini kepada pihak...
-
Peristiwa kecurian di rumah saya buat saya berfikir, bagaimana emas boleh menyimpan sebegitu banyak nilai walaupun dalam kandungan yang sedi...
-
Di Malaysia, kita boleh memilih untuk memiliki pelbagai jenis emas sebagai simpanan atau pelaburan. Ada dua kelas yang utama- emas fizikal a...
No comments:
Post a Comment