Wednesday, February 6, 2019

AMARAN

1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara.

2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual e-book ini kepada pihak lain.

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin atau penulis sekiranya menerima e-book ini secara tidak sah melalui butiran di bawah.

5. Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan tidak sah dari segi undang-undang dan agama.

Terima kasih.

Azharina Amin
Penulis blog/e-book asassimpananemas.blogspot.com
+6013 209 2404
azharina.amin@gmail.com

Sunday, February 3, 2019

Sejarah Wang Emas

Peristiwa kecurian di rumah saya buat saya berfikir, bagaimana emas boleh menyimpan sebegitu banyak nilai walaupun dalam kandungan yang sedikit. Sebaliknya dengan duit syiling yang begitu berat hingga berkilo, tapi cuma bernilai ratusan ringgit. Malahan duit kertas juga, jika dikumpul sehingga segenggam banyaknya, tidaklah senilai dengan sekilo jongkong emas yang hanyalah sebesar tapak tangan (sekarang 250g emas berharga sekitar RM52,000+ pada November 2019).


GAMBAR SEGENGGAM DUIT YANG DIGUNA UNTUK MEMBAYAR SUKU KILO EMAS

Jadi saya membuat sedikit kajian tentang sejarah emas. Emas telah diguna sejak zaman Firaun pada 6000 tahun yang lampau sebagai simbol kekayaan. Penggunaan emas sebagai wang dapat dikesan  sekitar 560 B.C. (sebelum Masihi), yakni lebih 2500 tahun yang lalu. Ia dihasilkan di Empayar Lydia yang berpusat di Sardis (sekarang ini di Turki Barat) oleh Raja Alyattes.

Sebelum wujudnya syiling emas sebagai mata wang, masyarakat ketika itu menggunakan sistem tukaran barang (barter trade) untuk mendapatkan barang harian. Namun kaedah itu didapati sukar kerana orang ramai terpaksa membawa makanan atau haiwan masing-masing, dan ini menyusahkan.

Atas faktor ini, maka wang emas digunakan. Logam emas dipilih kerana sumbernya terhad dan sifatnya yang amat stabil- tidak berkarat, tidak reput, tidak busuk, tahan suhu tinggi, sentiasa bersinar dan tidak boleh dimusnahkan. Ciri yang terakhir ini penting kerana barang tukaran lain seperti makanan akan rosak dan ternakan akan sakit atau mati. Penggunaan wang emas telah memakmurkan ekonomi di kawasan Mediterranean ketika itu.

Ini membuktikan bahawa manusia telah tertarik dengan emas sejak ribuan tahun dahulu. Manusia sememangnya berkeinginan kepada emas, serta meletakkan nilai yang tinggi kepada logam kuning ini untuk digunakan sebagai mata wang.

Kisah Emas, Ummi & Saya

Saya dilahirkan dalam keluarga yang agak besar dengan 6 adik-beradik, 4 daripada kami perempuan. Ummi ialah panggilan kami buat ibu tercinta yang bernama Hajjah Zuwariah @ Hasnah binti Daud. Beliau bekerja sebagai guru mengajar subjek agama di sekolah menengah.

Ummi seperti juga wanita lain ada memiliki beberapa set barang kemas. Ketika saya masih kecil, saya selalu beranggapan emas perhiasan ialah untuk wanita-wanita dewasa atau makcik-makcik sahaja.

Bila tiba Hari Raya atau ada kenduri-kendara, Ummi biasanya akan panggil Kak Long dan saya untuk diberi gelang dan rantai emas untuk dipakai. Kak Long ialah panggilan mesra buat kakak sulung saya yang jarak usianya 4 tahun lebih daripada saya.

Saya selalunya menolak untuk memakai barang kemas yang diberi sebab saya rasa rimas. Saya belum faham konsep pemakaian barang kemas. Kenapa perlu pakai emas? Apa yang nak ditunjuk atau dibuktikan? Tapi Ummi pandai memujuk, jadi saya pakai juga kerana terpaksa dan bila Kak Long pun pakai.

Bila selesai musim perayaan atau majlis yang dihadiri, saya akan cepat-cepat membuka barang kemas dan memulangkan pada Ummi semula. "Tak mboh (tak mahu) la pakai, rimas," getus saya. Begitulah biasanya yang berlaku setiap tahun.

Setelah menamatkan zaman universiti, saya bekerja di Kuala Lumpur. Ketika itu, saya telah berkenalan dengan seorang jejaka tampan (suami saya sekarang) dan kami merancang untuk berkahwin. Saya telah dihadiahkan sebentuk cincin emas belah rotan sebagai tanda merisik.

Itulah agaknya emas pertama milik saya sendiri. Ada ukiran seperti ombak yang beralun dan beberapa butir mutiara. Sangat cantik pada penglihatan saya. Pada mulanya, saya sering memakainya ke sana dan ke mari. Tapi setelah beberapa lama bila saya menilik dengan teliti, sudah ada banyak calar rupanya!

Setelah itu, saya rasa sayang pula nak pakai, jadi cincin itu pun disimpan kembali. Tiba hari pertunangan, saya menerima sebentuk cincin lagi. Kali ini cincin bertatah permata, lebih cantik dari yang pertama. Hendak disimpan sahaja sayang, jadi saya pakai juga bila ada acara istimewa.

Di hari perkahwinan, suami tersayang menghadiahkan seutas gelang. Ummi seperti biasa menambah lagi emas perhiasan di badan saya iaitu rantai dan dua utas gelang. Ketika itu, saya fikir sebagai raja sehari, saya selayaknya memakai semua itu :)

Tapi kali ini selesai majlis, bila saya mahu pulangkan pada Ummi, Ummi minta saya terus pakai dan jagakan. Agak berat juga hati saya, tapi bila Ummi berkeras, saya mengalah. Lagipun, ada satu lagi majlis sebelah suami minggu depan.

Majlis selesai, minggu berganti bulan dan tahun, barang kemas Ummi saya masih simpan. Ada masa saya pakai juga, tapi kebanyakan waktu, saya buka takut calar atau pudar. Saya simpan dalam laci meja solek, senang untuk ambil dan keluarkan. Dengan cara ini, saya fikir saya lebih selamat daripada ancaman peragut.

Rupanya saya silap! Suatu hari pulang dari kerja, 'grill' depan rumah saya dapati tak berkunci. Selak pintu depan sudah terkopak, maka tahulah saya rumah saya sudah dimasuki orang. Habis semua barang yang berharga, cincin-cincin dan gelang saya termasuk emas-emas Ummi, semuanya hilang...

Mujur juga tidak banyak wang tunai disimpan di rumah. Ada satu balang berisi duit syiling suami saya habis dikebas. Mungkin nilainya mencapai Ringgit Malaysia seratus lebih sahaja. Berbanding barang kemas, walaupun beratnya tidak seberapa, tapi nilainya mencecah ribuan RM!

Sejak itu, barulah saya terasa betapa banyaknya kerugian. Sudah terhantuk, barulah terngadah. Nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh saya buat untuk kembalikan yang hilang. Saya rasa amat bersalah pada Ummi dan berazam untuk menggantikan semuanya dengan yang lebih baik lagi inshaAllah. Maafkan saya, Ummi.
 

Saturday, February 2, 2019

Kriteria Emas Pilihan

Mengetahui ciri-ciri emas yang terbaik penting supaya kita boleh maksimumkan keuntungan. Ada beberapa kriteria yang perlu dilihat secara PAKEJ, bukannya fokus pada satu sahaja

1) Harga per gram rendah

Jangan keliru antara harga sekeping emas 1 gram dengan harga PER GRAM. Harga runcit sekeping emas 1 gram buat masa sekarang ini (Februari 2019) ialah sekitar RM 250. Namun harga bagi sekeping emas jongkong 10 gram ialah sekitar RM1,900, jatuh sekitar RM190 untuk setiap gram.

Ya, mungkin anda berfikir agak lojik jika membeli dalam jumlah yang banyak boleh dapat harga yang murah. Namun, ada caranya kita boleh membeli harga satu gram jauh lebih murah daripada harga runcit iaitu melalui Akaun Gold Accumulation Program (GAP). Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah ini.

Harga ini pula kalau boleh, cari yang paling rendah untuk ketulenan paling tinggi iaitu 999.9 atau 24 karat (24K).


2) Spread yang kecil atau nipis

Spread atau sesetengah orang menyebutnya 'susut nilai' ialah peratusan perbezaan antara harga jual oleh penjual dan harga beli balik oleh penjual tadi pada satu-satu masa. Sebenarnya, istilah 'susut nilai' ini kurang tepat bila merujuk kepada emas pelaburan. Istilah yang digunakan di Indonesia mungkin lebih sesuai iaitu 'selisih harga'. Saya beri contoh:

Harga PG SELL 20 gram : RM 3,725
Harga PG BUY 20 gram : RM 3,427

Selisih harga : (3725 - 3427) / 3725 x 100% = 298 / 3725 x 100% = 8%

Bagi tujuan pelaburan, emas tersebut hendaklah mempunyai selisish harga kurang daripada 10%. Selisih harga yang kecil akan memberikan pulangan yang lebih cepat dengan kadar yang lebih banyak apabila harga emas meningkat.


3) Stok tiada had

Reputasi syarikat penjual penting untuk memastikan keupayaan menjual dan membeli semula emas mereka dalam jumlah yang besar. Ada sesetengah penjual, apabila harga emas jatuh, mereka akan 'simpan' stok, hanya untuk dikeluarkan semasa harga emas naik semula.


4) Cawangan banyak

Apabila ada banyak cawangan, ini akan lebih memudahkan urusan pelanggan. Walaupun sesetengah syarikat seperti Public Gold mempunyai ramai ejen yang boleh membantu pelanggannya, ada masa pelanggan harus hadir sendiri ke cawangan atas faktor keselamatan.


5) Syarat jual beli yang mudah

Sesetengah penjual meletakkan syarat resit belian tidak boleh hilang! Resit tersebut mesti dibawa kembali bila hendak jual semula pada dia. Bayangkan berapa lama resit itu boleh bertahan fizikalnya... Jadi, pilih penjual yang 'straight forward' dalam urusan jual beli, asalkan ada sijil kutelenan, tak perlu sampai bawa resit sekali bila nak jual semula.


Kriteria lain seperti kaedah jual beli patuh syariah dan item mudah diterima pajakan merupakan BONUS. Bila sudah kenalpasti beberapa pengeluar emas, letakkan skor bagi ciri-ciri di atas untuk setiap pengeluar dan bandingkan siapa yang ada skor tertinggi. InshaAllah emas itulah yang paling banyak beri untung nanti


Pelbagai Jenis Emas

Di Malaysia, kita boleh memilih untuk memiliki pelbagai jenis emas sebagai simpanan atau pelaburan. Ada dua kelas yang utama- emas fizikal atau emas maya.

Emas fizikal ialah emas yang benar-benar wujud, yang mana kita boleh sentuh jasadnya. Contoh paling biasa ialah emas barang kemas sama ada dalam bentuk cincin, rantai, gelang, anting-anting dan seumpamanya.

Sekarang ini, emas jongkong dan emas dinar semakin mendapat perhatian dalam masyarakat. Apa bezanya dua ini? Pada berat atau denominasi dan juga bentuk.

Emas jongkong biasanya berbentuk petak atau kotak. Beratnya pula dalam gram yang tepat seperti 1.0 gram atau 10 gram. Malah ada juga yang sekecil 0.5 gram.

Emas dinar wujud dalam pelbagai denominasi seperti satu suku dinar, setengah dinar atau satu dinar. Satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram. Emas dinar berbentuk bulat seperti duit syiling atau koin.

Emas maya (virtual gold) pula ialah bukan emas yang benar-benar wujud, biasanya ditawarkan di bank dalam bentuk Akaun Simpanan Emas (Gold Savings Account @ GSA). Orang ramai boleh membuka akaun kemudian deposit kan sejumlah wang yang akan ditukar kepada gram emas (yang dicetak pada passbook sahaja) menurut harga semasa.

Contoh bank yang menawarkan GSA- Maybank, CIMB, UOB dan Public Bank. Saya tidak mengesyorkan orang ramai buka akaun emas maya di bank kerana takut ada permasalahan daripada segi syariah bila emas tidak wujud.

Namun, ada institusi perbankan Islam yang menawarkan akaun emas seperti Bank Alrajhi, Kuwait Finance House dan Bank Muamalat. Ia dikatakan patuh syariah kerana gram emas yang dibeli melalui akaun emas mereka disandarkan kepada emas fizikal.

Selain daripada bank, Public Gold (bukan Public Bank, mereka adalah dua entiti berbeza!) turut menawarkan akaun emas patuh syariah iaitu akaun Program Akumulasi Emas (Gold Accumulation Program @ GAP). Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama yang mendapat pensijilan patuh syariah oleh Amanie Advisor yang diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Wednesday, January 30, 2019

Tentang Saya

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW. Moga penulisan ini membawa manfaat kepada semua pembaca dan menjadi saham akhirat saya InshaAllah.  Agar dijauhkan segala perasaan riak dan takabbur dalam perkongsian ilmu yang sedikit ini kerana hanya milik Dia lah segala-galanya.

Nama diberi Norazharina Mat Amin, punya suami, Fariz Izwan Jaffar dan dua orang cahaya mata setakat ini (2019). Berasal dari sebuah kampung kecil berhampiran pekan Manir di Kuala Terengganu. Kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Berpendidikan awal dari sekolah rendah di Terengganu, saya telah berhijrah ke Seremban untuk pendidikan menengah ketika umur belum mencecah 13 tahun. Menyambung pengajian 'A-Level' di Lembah Beringin sebelum terbang ke United Kingdom untuk 'Master's degree' dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komunikasi.

Pernah berkhidmat di sebuah syarikat telekomunikasi selama enam tahun. Akhirnya mengambil keputusan berhenti daripada kerja pejabat setelah menimang cahaya mata pertama dan mengikut suami bekerja di Indonesia ketika itu.

Saya mula menceburi bisnes sebagai ejen 'dropship' menjual buku-buku keibubapaan dan agama. Kemudian mencuba menyimpan stok sendiri dan membawa stok buku dari Indonesia ke pasaran Malaysia.

Mendalami ilmu emas sejak akhir tahun 2013, saya mengambil peluang menyimpan emas sebagai 'dealer' emas Public Gold. Pepatah berkata, tak kenal maka tak cinta. Rupanya banyak perkara tentang emas yang saya tidak tahu sebelum ini, tapi bila tahu, saya merasakan banyak keuntungan yang saya perolehi bila ada ilmu.

Saya banyak mengambil semangat dan inspirasi daripada mentor saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Puan Najdah Mohamad Hussein dalam mendidik masyarakat tentang emas. Jaringan kami terdiri daripada lebih 20,000 orang penyimpan emas dan lebih 200 daripadanya di bawah bimbingan saya. Saya sendiri berhasrat untuk melahirkan sekurang-kurangnya seribu orang penyimpan emas berilmu sebelum Jun 2020, inshaAllah.

Ayuh, bersama saya dalam kembara ilmu emas. Saya mohon tuan-puan doakan saya supaya berjaya mencapai apa yang diimpikan :)

Azharina Amin
Kod ejen Public Gold PG040197
+6013 209 2404

30 Januari 2019
25 Jamadil Awwal 1440

AMARAN

1. E-book ini adalah hak cipta terpelihara. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual e-book ini kepada pihak...